BM | EN | 中文

Desas-desus PRN: 26 UMNO Bahagian Johor adakan mesyuarat

mesyuarat-umno-johor.png

Gambar Ehsan BH Online

JOHOR BAHRU, 22 JAN: Mesyuarat 26 Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor hari ini menghangatkan lagi khabar angin pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semakin hampir.

Mesyuarat tertutup di Pejabat Perhubungan UMNO Johor, Jalan Yahya Awal, di sini itu dipengerusikan Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba bermula pada jam 3 petang semalam.

Bagaimanapun Adham yang juga Menteri Sains dan Teknologi enggan mengulas lanjut agenda dan butiran mesyuarat berkenaan.

Sebaliknya, Adham berkata, mesyuarat itu tidak mempunyai kaitan dengan PRN Johor yang dikatakan akan berlangsung dalam waktu terdekat.

Menurut laporan BH Online mesyuarat itu membuat membincangkan hasil analisis mengenai PRN Melaka November tahun lalu.

Perbincangan itu bagi menilai semula kekuatan parti sekiranya PRN diadakan dalam waktu terdekat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum itu dilaporkan berkata, UMNO akan mengadakan perbincangan lebih lanjut dalam waktu terdekat berhubung kemungkinan diadakan PRN Johor.

Beliau berkata, perkara yang perlu difikirkan UMNO ketika ini adalah waktu sesuai untuk pilihan raya itu diadakan.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top