BM | EN | 中文

DESARU INTERNATIONAL BIKE WEEK 2019, PROGRAM ANTARABANGSA UNTUK ANAK TEMPATAN

desaru-bike-week-signboard.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 14 SEPT: Buat julung kalinya Desaru International Bike Week 2019 (DIBW2019), sebuah program pemotoran menghimpunkan 50,000 jenis kenderaan bermotor telah diadakan di negeri Johor.

Program empat hari yang bermula semalam merupakan ilham DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja Johor dan dirasmikan oleh baginda sendiri.

Dengan status antarabangsa, DIBW2019 disertai 1,200 peminat kenderaan bermotor dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Advertisement

Malah, penganjuran DIBW2019 turut disertai peminat kenderaan bermotor antarabangsa antaranya dari Norway, Turki, New Zealand, Australia, Afrika Selatan, Jepun, England, Bulgaria dan Amerika Syarikat.

Manakala negara tetangga Asia Tenggara yang turut menghantar wakil antaranya Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Penasihat program Datuk Ismail Karim berkata, DIBW2019 diharap bakal menjadi ‘signature event’ untuk negeri Johor.

Advertisement

“Ia harus dibangunkan sebagai acara yang boleh mempromosikan Johor sebagai arena pertemuan global peminat sukan bermotor.

“Pada masa yang sama, kita akan membuka satu lagi ruang dan peluang bagi penglibatan anak tempatan dalam sukan pemotoran.

“Setidak-tidaknya, anak-anak Johor yang meminati sukan motor dapat melihat, bahawa sukan ini mempunyai masa depan dengan prestijnya yang tersendiri,” kata Ismail.

Advertisement

Tambahnya, sekretariat DIBW2019 akan mencadangkan program ini kepada kerajaan negeri Johor untuk menjadi acara dwi tahunan dengan PBT Pengerang menjadi tuan rumah pada tahun 2021.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top