BM | EN | 中文

DESARU COAST, LEGOLAND MALAYSIA DIKETENGAHKAN DALAM PAMERAN MATTA SEPTEMBER

Legoland-Johor-Malaysia.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) September kali ke-48 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini akan mengetengahkan Desaru Coast dan Legoland Malaysia Resort sebagai antara taman tema pilihan utama Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MATTA Phua Tai Neng berkata dua taman tema itu diketengahkan memandangkan kedua-duanya di Johor dan bersempena Tahun Melawat Johor 2020.

“Johor adalah destinasi kegemaran Pameran MATTA bagi Malaysia dan ini merupakan pameran terbesar kerana kami membuka keseluruhan 1,398 reruai dan menjangkakan 110,000 pengunjung yang berhasrat mahu melancong di dalam dan ke luar negara.

Advertisement

“Ramai rakyat Malaysia akan melancong di dalam negara dan dengan promosi Tahun Melawat Johor 2020, maka kedua-dua tarikan adalah di Johor,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat MATTA di sini, minggu lalu.

Phua menggalakkan pengunjung datang lebih awal dengan pintu masuk akan dibuka antara 10 pagi dan 9 malam mulai 6 hingga 8 Sept selain menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan trafik.

Beliau juga berkata pengunjung diseru memanfaatkan peluang membawa anak-anak mereka untuk menikmati pengalaman di sembilan taman tema kegemaran rakyat Malaysia bagi mengisi cuti sekolah yang akan datang akhir tahun ini.

Advertisement

Tujuh taman tema lain yang menyertai acara itu ialah Sunway Lagoon, Bangi Wonderland Themepark & Resort, Sunway Lost World of Tambun, Taman Aktiviti Angry Birds, KidZania Kuala Lumpur, Safari Wonderland A ‘Famosa Resort, dan SuperPark Malaysia.

Baru-baru ini, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal melancarkan logo dan maskot Tahun Melawat Johor 2020 selain mengumumkan 20 destinasi termasuk Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Gunung Ledang, Sawah Ring, Desaru Coast dan Taman Negara Pulau Kukup akan dipromosikan sepanjang Tahun Melawat Johor 2020.

Sukan Malaysia (Sukma) 2020 juga diadakan di negeri itu dan 20 acara juga akan dipromosikan dalam tempoh itu, termasuk Festival Chingay, Pesta Orkid Johor, Festival Lampu di Little India, Karnival Jambatan Sultan Ismail 2020, Festival Bendang dan Festival Pantai Mersing.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top