BM | EN | 中文

DESA STAY TANJUNG PIAI PACU EKONOMI PENDUDUK

rumah-homestay-1.jpg
Advertisement

Sebut sahaja Homestay Desa Stay Tanjung Piai Serkat Pontian pastinya sudah tidak asing lagi bagi penduduk di kawasan tersebut.

Pitah menunjukan sijil penghargaan yang diterima Homestay Desa Stay Tanjung Piai.

Bukan sahaja membantu dalam sektor pelancongan bahkan turut memacu ekonomi penduduk yang menjadi ahli dalam perusahaan inap desa tersebut.

Timbalan Pengerusi Homestay dan Desa Stay Tanjung Piai, Pitah Taha berkata, perusahaan berkenaan telah lama dijalankan sejak 20 tahun lalu.

Advertisement

Katanya, selain pekerjaan nelayan dan pekebun kelapa sawit, homestay itu menjadi antara sumber ekonomi utama penduduk.

“Homestay kita berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor. Kita mempunyai 30 ahli terdiri daripada pengusaha homestay.

Desa stay Tanjung Piai bercirikan rumah tradisional Bugis

“Di sini homestay adalah rumah inap yang pelancong boleh tinggal bersama tuan rumah bagi mengetahui serta mempelajari budaya, makanan dan bahasa masyarakat setempat.

Advertisement

“Manakala desastay ialah rumah inap yang disewa tanpa tuan rumah tinggal bersama dan biasanya disewa oleh orang tempatan.

“Setakat ini kita ada sebanyak 41 unit inap desa dan 22 rumah homestay. Kita mempunyai rancangan untuk menambahkan lagi kemudahan yang ada kerana sambutan baik diterima,”katanya kepada JohorKini.

Tambahnya, Tanjung Piai mempunyai permata tersendiri iaitu tanah rambah penghujung benua asia.

Advertisement

Pelancong dari luar negara yang mendapatkan perkhidmatan Homestay Desa Stay Tanjung Piai.

Ekoran itu, permintaan terhadap perusahaan ini perlu dipertingkatkan lagi pada masa hadapan bagi menampung kedatangan pelancong.

“Kita nak tambah rumah homestay setakat yang ada masih tampung lagi namun bila jambatan di Sungai Karang siap nanti semakin ramai pelancong datang ke Tanjung Piai kerana waktu perjalanan dari Johor Bahru ke sini sudah semakin pendek.

“Kemungkinan waktu itu tidak dapat tampung pelancong yang datang ke sini dan jika dapat kita mahu pertingkatkan kemudahan homestay ini sebanyak dua kali ganda,”katanya lagi.

Advertisement

Pitah berkata, terdapat keperluan tenaga orang muda bagi melancarkan pengurusan dari segi komunikasi dan pemasaran.

Oleh itu, dia bersama anaknya Afiqah Andik Abdul Razak, 28 tahun kini bersama-sama menguruskan perusahaan homestay itu.

“Kita memang mempunyai matlamat mahu jana pendapatan ahli sehingga RM1,000 sebulan terutamanya melalui kerjasama ajen pelancongan.

Advertisement

“Tidak dinafikan para pelancong yang datang terutamanya dikalangan pelajar ada yang dari Jepun mereka amat merindui dengan pengalaman disediakan di sini kerana selain penginapan kita turut aturkan program berkaitan adat budaya kita kepada mereka,”katanya lagi.

Antara ahli Homestay Desa Stay Tanjung Piai.

Beliau juga memaklumkan sempena pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai ini Homestay Desa Stay sudah mendapat tempahan penuh bermula dari tarikh penamaan calon sehinggalah hari mengundi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top