BM | EN | 中文

Derhaka YDP Agong: PM, kabinet, peguam negara dan speaker Parlimen perlu letak jawatan – Pemuda AMANAH

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 29 JUL: Pemuda Parti AMANAH Negara , menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin, seluruh kerajaan Perikatan Nasional (PN), Peguam Negara dan juga Speaker Dewan Rakyat untuk meletakkan jawatan serta merta.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Muhammad Taqiuddin Cheman , kenyataan terbaharu Istana Negara jelas menunjukkan kerajaan PN dipimpin Tan Sri Mahiaddin Yasin telahpun mengingkari dan tidak menghormati institusi Diraja serta derhaka terhadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong.

“Kerajaan PN yang dipimpin oleh Tan Sri Mahiaddin Yasin telahpun mengingkari dan tidak menghormati Institusi Diraja serta derhaka terhadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong.

Advertisement

“Inilah kali pertama dalam sejarah Istana Negara menzahirkan rasa kekecewaan terhadap pentadbiran negara.

“Bukan sahaja mengelirukan Dewan Rakyat, malah menteri yang menjaga portfolio undang-undang yang datangnya daripada Parti Islam Semalaysia (PAS), Takiyuddin Hassan dan juga membelakangi YDPA dalam perihal undang-undang negara.

“Perkara ini seharusnya dipandang serius dan menteri berkenaan serta ahli kabinet yang lain perlu bertanggungjawab terhadap penderhakaan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Adun Pulai Sebatang itu menggesa Perdana Menteri, seluruh kabinet PN, peguam negara, speaker Dewan Rakyat untuk meletakkan jawatan serta-merta.

“Kami mendesak supaya kerajaan PN yang dipimpin oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin ini, peguam negara dan juga speaker Dewan Rakyat untuk meletakkan jawatan sekarang kerana tidak patuh terhadap Perlembagaan yang ada,” tegas beliau.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top