BM | EN | 中文

Deposit tabung pendidikan RM150 untuk setiap bayi di Pasir Gudang

program-skim-insentif-01-scaled.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 6 FEB: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim melancarkan Skim Insentif Anak Pasir Gudang (SIAP) iaitu skim tabungan Pendidikan bagi setiap bayi yang baru lahir dalam kawasannya bermula 1 Februari lepas.

Hassan dalam satu kenyataan berkata, melalui program itu, setiap bayi yang baru lahir mulai 1 Februari di dalam parlimen berkenaan layak menerima sumbangan deposit permulaan RM150 melalui pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

“Skim Insentif Anak Pasir Gudang (SIAP) adalah merupakan produk simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Advertisement

“Ia juga memupuk budaya suka menabung dalam kalangan anak-anak Pasir Gudang bagi tujuan masa depan pendidikan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara syarat kelayakan bagi skim tersebut ialah ibu bapa adalah warganegara Malaysia, menetap dalam kawasan parlimen Pasir Gudang dan bayi dilahirkan di negeri Johor dan tinggal dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang mulai 1 Februari 2020.

Pemohon perlu menyertakan salinan Mykid, surat beranak anak dan pendapatan kedua ibu dan bapa di bawah RM4,000 sebulan.

Advertisement

Pemohon, iaitu kedua ibu bapa bayi juga perlu menyertakan salinan slip gaji tiga bulan, penyata akaun bank selama tiga bulan, selain surat pengesahan pekerjaan dari majikan.

Jika pemohon bekerja sendiri, hendaklah mendapatkan pengesahan dari ketua kampung atau penghulu kawasan attau yang setaraf dengannya.

Tambah Hassan lagi, PTPTN akan memberikan resit pembukaan akaun SSPN bernilai RM150 kepada pemohon yang berjaya melalui pos dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang lengkap diterima.

Advertisement

Kenyataan itu turut menyebut, caruman seterusnya boleh diuruskan oleh ibubapa kanak-kanak dan simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top