BM | EN | 中文

Depoh tahanan Imigresen di Pontian bebas Covid-19

depoh-tahanan-imigresen-pekan-nenas-pontian-johor.png

Gambar Ehsan imi.gov.my

Advertisement

PONTIAN, 30 MEI: Sehingga 28 Mei tiada kes positif Covid-19 di depoh tahanan Imgresen (DTI) Pontian, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Katanya, bagi mengekang penularan penyakit Covid-19 di dalam DTI, kesemua kemasukan baru akan dijalankan saringan terlebih dahulu.

“Sekiranya ada yang didapati positif semasa saringan, pendatang tersebut akan segera dirujuk ke hospital bagi rawatan dan pengasingan.

Advertisement

“Hanya tahanan yang bebas Covid-19 sahaja yang akan dibenarkan masuk ke DTI tersebut,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Negeri Johor mempunyai satu Depoh Tahanan Imigresen (DTI) yang terletak di Pekan Nenas, Pontian.

Tambah Vidyananthan, semua anggota yang bertugas di DTI Pekan Nenas juga akan menjalani pemeriksaan saringan bagi memastikan mereka bebas Covid-19 dan seterusnya mengelaklan penularan penyakit kepada tahanan.

Advertisement

“Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sentiasa peka tentang kemungkinan berlakunya penularan kes Covid-19 tempatan, ekoran dari kemasukan baru pendatang asing, khususnya pendatang tanpa izin (PATI), ke negeri ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu katanya, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Imigresen (JIM) serta agensi penguatkuasaan lain telah meningkatkan aktiviti pemantauan sempadan serta jalan-jalan tikus.

Selain itu prosedur operasi standard (SOP) tersendiri telah disediakan bagi penahanan dan penghantaran pendatang-pendatang tersebut ke DTI.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top