BM | EN | 中文

DENDA RM20,000 GAGAL SELENGGARA ACUAN KONKRIT 

logo-3.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 NOV: Susulan seorang pekerja maut pada 10 Disember 2018 akibat dihempap oleh panel acuan konkrit, sebuah syarikat pembuatan telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Johor Bahru, semalam.

Syarikat tersebut, Soonhup Licheng Sdn Bhd didakwa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor kerana gagal memastikan keselamatan pekerjanya di waktu bekerja.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri Johor, Ir Ahmad Jailani Mansor berkata, syarikat tersebut sebagai majikan gagal menyelenggara acuan konkrit dengan selamat sehingga menyebabkan seorang pekerja maut pada 10 Disember 2018 akibat dihempap oleh panel acuan konkrit.

Advertisement

“Syarikat tersebut telah dikompaun untuk beberapa kesalahan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 dengan jumlah keseluruhan RM155,000.

“Antara kesalahan tersebut adalah mengendalikan jentera tanpa sijil kelayakan yang sah dan menggunakan premis sebagai kilang tanpa kebenaran bertulis daripada JKKP,” katanya.

Tambah Ahmad Jailani lagi, syarikat tersebut telah mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob dan telah membayar semua kompaun pada 14 November lepas.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top