BM | EN | 中文

Demi tangani Covid-19 kerajaan perlu libat semua pihak, terbuka dengar pandangan – Adun Kemelah

Adun-Kemelah-Dr-Sulaiman-Mohd-Nor.jpg

Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor

Advertisement

SEGAMAT, 3 FEB: Peningkatan jumlah positif Covid-19 negara yang semakin parah memerlukan penglibatan ramai pakar dan mereka yang berpengalaman tanpa mengira latarbelakang dan pegangan politik.

Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor berkata, namun perkara itu tidak dapat dibincang secara telus dalam sidang parlimen dan dewan negeri yang digantung akibat pelaksanaan darurat.

“Walaupun kerajaan berhasrat menambah bilangan penguatkuasa memastikan SOP dipatuhi, perlu juga diingat bahawa Covid-19 kini berada dalam  masyarakat yang ingin dikawal pergerakan mereka.

Advertisement

“Strategi baru, banyak juga disaran oleh mereka dalam bidang dan berpengalaman telah diutarakan.

“Kerajaan seharusnya lebih terbuka dengan melibatkan seramai mungkin pakar dan mereka yang berpengalaman agar jalan terbaik dapat dibuat dalam keadaan kemelut ini,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pakar berpengalaman seperti Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia, mantan Menteri dan Timbalan Kesihatan sewaktu Pakatan Harapan memerintah serta wakil badan lain telah melahirkan kegusaran berkaitan keberkesanan menyeluruh PKP 2.0 yang masih tidak mencapai hasrat yang diinginkan.

Advertisement

“Kerajaan seharusnya betul-betul mendahulukan kepentingan rakyat dengan mendengar dari semua pihak sebelum sesuatu polisi dan dasar dibuat.

“Forum yang terbuka dan telus perlu wujud agar rakyat betul-betul mengetahui arah tuju negara, yang dilihat seolah tiada kemudi dalam menghadapi gelombang besar Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini,” ujarnya.

Beliau yang merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berharap perkara tersebut dapat direalisasikan oleh kerajaan.

Advertisement

“Kerajaan Persekutuan harus menerima hakikat pengurusan atas bawah (top to bottom) bukanlah kaedah terbaik dalam menangani pandemik yang semakin parah.

“Kerajaan Persekutuan perlu membina rakan strategik sama ada dengan kerajaan negeri dan pemimpin tempatan dalam usaha mebendung wabak ini dari terus bermaharalela dalam masyarakat.

“Aduan dari kerajaan negeri yang menyatakan tidak dapat data berkaitan Covid-19 yang diperlukan bagi membantu membenteras wabak Covid-19 seharusnya tidak berlaku,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top