BM | EN | 中文

Demi kebajikan rakyat, Adun PH sokong pakej rangsangan ekonomi Ihsan Johor

kota-iskandar-bangunan-dun-johor.png

Gambar Ehsan Flickr / Mie Abdullah

KOTA ISKANDAR, 13 SEPT: Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Johor dari Pakatan Harapan (PH) menyokong pakej rangsangan ekonomi Ihsan Johor yang dibentangkan kerajaan negeri pada sidang DUN hari ini.

Mengulas perkara itu Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, sokongan tersebut bagi mengutamakan nasib rakyat di negeri ini.

“Dengan semangat mengenepikan polemik politik dan lebih untuk sama-sama berganding bahu membantu kerajaan dalam suasan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Dalam masa sekarang hampir ratusan ribu pekerja hilang mata pencarian dan terpaksa hidup bergantung dengan bantuan kerajaan.

“Justeru itu langkah pembangkang menyokong akan perkara tersebut perlu dilaksanakan.

Ketua Pemuda Amanah Johor dan Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman

“Bagi kami wakil rakyat (PH) lebih melihat kepentingan rakyat perlu dijadikan keutamaan berbanding pendirian politik.

“Matlamat kami adalah tumpuan kepada kebajikan rakyat serta menolak perbezaan politik dalam sidang Dun,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata PH sebelum ini ketika memerintah negeri Johor adalah sebuah gabungan yang mengutamakan soal rakyat .

Tambahnya, sewaktu mentadbir negeri, PH memberikan fokus terhadap masalah rakyat berbanding pembangkang BN pada waktu itu.

“Ketika memerintah sebelum ini kita dapat saksikan PH hanya memberikan fokus kepada rakyat walaupun pembangkang dari BN sebelum ini banyak kali tidak menyokong tindakan kerajaan PH.

“PH berjiwa besar kerana ia hanyalah untuk kebaikan rakyat walaupun kami kini duduk di pihak pembangkang. Inilah matlamat kami selama ini.

“Dalam isu Tabung Amanah Kuota Bumiputera contohnya, pembangkang BN waktu itu tidak mengundi untuk bersama mempertahankan rakyat dalam isu yang dibawa kerajaan PH ketika itu.

“Ini jelas gambaran perbezaan antara PH dan BN yang mana PH hanya memfokuskan soal kebajikan dan keuntungan kepada rakyat semata walau apa pun keadaanya,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top