BM | EN | 中文

DEFINISI KAYA APEK

kayaoi01.jpg_1529954862.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 OGOS: Pelawak terkenal Saiful Apek mengingatkan masyarakat supaya tidak tertipu dengan kejahilan dunia dan membezakan usaha mencari wang dan juga mencari rezeki.

Apek, yang mencipta nama bersama kumpulan lawak Senario berkata, kekayaan seseorang individu tidak seharusnya dinilai menerusi wang ringgit semata.

“Pada saya kekayaan bukanlah terletak pada duit. Ada definisi berbeza dalam mencari duit dan mencari rezeki. Duit belum tentu menjadi rezeki, kadang kala boleh menjadi baIa.

Advertisement

“Rezeki pula belum tentu berbentuk duit. Diberi kesihatan yang baik, kawan-kawan yang baik, dan dihindari musibah juga adalah rezeki.

“Bagi saya, manusia yang paling kaya ialah manusia yang memiliki sesuatu yang tidak boleh dibeli dalam dunia,” kata Apek.

Mengambil contoh seniman agung negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Apek berkata pelakon lagenda tersebut bukan seorang yang sering mempamerkan kekayaan kepada khalayak, seperti yang sering dibuat segelintir selebriti tempatan masa kini.

Advertisement

P. Ramlee sendiri, menurut Apek, tidak meninggalkan harta kepada warisnya selepas pemergian beliau, malah sehingga kini sukar untuk melihat sesiapa pernah bergambar bersama seniman itu.

Apek berkata demikian apabila disoal mengenai pendedahan seorang lagi bekas anggota kumpulan Senario, Yassin, yang menyatakan tidak membuat sebarang simpanan sepanjang 20 tahun kariernya dalam industri hiburan.

Dalam pada itu, Apek turut berkata masyarakat hari ini lebih menggemari hiburan semata berbanding perkongsian bermanfaat yang cuba disampaikan oleh anak seni tempatan, termasuk dirinya sendiri.

Advertisement

 

Sumber: MH

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top