BM | EN | 中文

Deepavali: Marina anjur bazar pakaian percuma, serah 110 set bakul makanan di Layang-Layang

Marina-anjur-bazar-pakaian-percuma-serah-110-set-bakul-makanan-di-Layang-Layang.jpg
Advertisement

KLUANG, 25 OKT: Sambutan Deepavali tahun ini diharap lebih bermakna buat masyarakat India di DUN Layang-Layang apabila menerima sumbangan berupa set bakul makanan daripada Pusat Komuniti Harapan Layang-Layang.

Penyelaras pusat komuniti tersebut, Marina Ibrahim berkata, inisiatif tersebut bagi membantu para penerima dan meringankan beban mereka dalam persiapan menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.

Dalam masa yang sama kata Marina, bazaar percuma Deepavali turut diadakan di pusat komuniti itu, dengan konsep pemberian pakaian percuma kepada mereka yang memerlukan.

Advertisement

“Sejumlah 110 set bakul makanan telah diedarkan. Antaranya 80 set diagihkan kepada keluarga sekitar Pekan Layang-Layang dan 30 set kepada Ladang Ulu Remis.

“Bazaar percuma pakaian Deepavali juga diadakan pada masa yang sama di Pusat Komuniti Harapan Layang-Layang.

“Bazaar tersebut akan dipindahkan ke pekan Renggam pada minggu yang akan datang,” kata Marina selepas menyampaikan set bakul berkenaan pada majlis berkenaan.

Advertisement

Terdahulu, Marina turut meluangkan masa bertemu penduduk tempatan dan beramah mesra sambil mendapatkan pandangan bagi menambah baik program

Hadir sama pada program tersebut ialah Adun Bekok, Dr. S. Ramakrishnan.

Menurut Marina lagi, program bazar percuma seperti itu adalah yang ketiga dianjurkannya dan buat pertama kali di Layang-Layang.

Advertisement

Tambah beliau, Pusat Komuniti Harapan Layang-Layang telah mula beroperasi dan membenarkan individu yang sudah lengkap divaksin untuk memasuki premis berkenaan.

“Saya hanya ingin memberikan mereka yang kurang bernasib baik keceriaan, supaya mereka dapat rasa suasana seperti membeli belah di kedai yang cantik atau di bazar-bazar di luar sana.

“Pusat Komuniti juga dihiaskan dengan dengan tema Deepavali supaya suasana perayaan bertambah meriah,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top