BM | EN | 中文

Deepavali: Adun Mengkibol kerjasama PH Kluang dan pertubuhan tempatan serah 150 bakul makanan

Deepavali-Adun-Mengkibol-kerjasama-PH-Kluang-pertubuhan-tempatan-serah-150-bakul-makanan.jpg
Advertisement

KLUANG, 30 OKT: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin bersama Pakatan Harapan Kluang dan pertubuhan kebajikan menyampaikan bantuan 150 bakul sempena perayaan Deepavali yang akan disambut tidak lama lagi.

Chew dalam satu kenyataan berkata, program itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan tanda keprihatinan pihaknya bagi membantu mengurangkan beban masyarakat India khususnya golongan kurang bernasib baik.

“Bersempena Hari Deepavali 2022, pejabat Adun Mengkibol berkolaborasi dengan beberapa pertubuhan tempatan termasuk PKR Cabang Kluang, parti AMANAH, Pekasih Johor dan penggerak aktif DAP India, Encik Selva mengedarkan 150 bakul makanan Deepavali kepada keluarga India yang memerlukan di kawasan DUN Mengkibol

Advertisement

“Demi memastikan proses pengagihan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami minta penerima datang ke pusat agihan kami mengikut masa yang ditetapkan dengan kaedah drive-thru (pandu lalu),” kata Chew.

Tambah beliau, antara kandungan barangan bakul makanan adalah seperti beras, biskut, makanan dalam tin, tepung, minyak masak dan buah-buahan segar seperti nangka dan pisang hasil sumbangan penaja Mr Banana.

“Kami juga berikan Kad Perubatan Mengkibol bernilai RM100,” kata Chew lagi.

Advertisement

“Terima kasih buat semua ahli parti PH dan juga sukarelawan yang meluangkan masa pada hujung minggu demi menyempurnakan aktiviti yang bermakna ini bersama-sama,” kata Chew lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top