BM | EN | 中文

Datuk Ayob Khan mula tugas sebagai Ketua Polis Johor yang baharu

ayob-khan.jpg

Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) semasa sidang akhbar selepas dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu.

JOHOR BAHRU, 24 FEB: Ketua Polis Johor yang baharu, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay akan meneruskan polisi yang telah dilaksanakan Ketua Polis Johor terdahulu, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Katanya, polisi yang baik dan berkesan akan diteruskan manakala yang kurang akan ditambah baik.

“Prestasi ditunjukkan Datuk Mohd Kamarudin telah berjaya mengurangkan indeks jenayah di negeri ini.

“Saya akan meneruskan polisi yang bagus, yang bersesuaian dan jika ada kekurangan akan ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor dan bekas Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Sementara itu, Ayob Khan turut mengingatkan masyarakat untuk tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak pasti kesahihannya.

“Isu membabitkan berita tidak benar ini telah banyak diambil tindakan, contohnya seperti isu perkembangan politik semasa ketika ini.

“Jika masih ada individu yang masih melakukan aktiviti menyebarkan ‘fake news’, tindakan akan diambil,” tambahnya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top