BM | EN | 中文

‘Datuk Ajim’ dalang penyeludupan dadah di Kota Tinggi ditahan polis

DSC_7390-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 APRIL: Seorang individu berpengaruh dalam kalangan masyarakat Felda di sekitar Kota Tinggi telah ditahan polis dalam beberapa siri serbuan melibatkan sindiket penyeludupan dadah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, individu yang dikenali dengan nama ‘Datuk Ajim’ itu antara 12 suspek yang ditahan dalam tiga serbuan berbeza sekitar Kota Tinggi pada 23 dan 24 April lalu.

Menurut beliau, ‘Datuk Ajim’ yang berusia 47 tahun itu dipercayai bertindak sebagai dalang utama sindiket penyeludupan dadah jenis syabu ke negara Indonesia.

Advertisement

“Pada 23 April lalu jam 5.05 petang, polis menahan tiga suspek lelaki di sekitar Pengerang dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM168,960.

“Susulan itu, polis membuat serbuan kedua di sebuah kediaman di sekitar Felda Bukit Aping pada 24 April, jam 4.15 pagi dan menahan seramai lima lelaki dan tiga perempuan selain turut merampas dadah bernilai RM124,300.

“Polis kemudian turut menahan seorang lagi wanita di sekitar Taman Bayu Damai, Kota Tinggi pada jam 11.15 pagi, hari yang sama,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah Ayob Khan, ‘Datuk Ajim’ beserta dua orang anaknya antara yang ditahan dalam serbuan kedua dilakukan pihaknya.

“Siasatan dibuat mendapati ‘Datuk Ajim’ turut mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM293,260 manakala nilai harta yang disita sebanyak RM181,969,” ujarnya.

Advertisement

Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 47 tahun kini ditahan reman selaka tujuh hari manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) dan Seksyen 15(a)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top