BM | EN | 中文

Data internet Selangor bantu Orang Asli belajar dalam talian

Pengerusi-Kemajuan-dan-Keselamatan-Kampung-Orang-Asli-Ulu-Batu-Mat-Jais-Baki-1.jpg

Pengerusi Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Ulu Batu Mat Jais Baki (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

GOMBAK, 15 OGOS: Inisiatif Data Internet Selangor yang menyediakan kemudahan internet dengan kuota antara 15GB ke 45GB sebulan dapat membantu murid Orang Asli mengikuti pembelajaran dalam talian.

Pengerusi Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Ulu Batu berkata bantuan menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 memberi manfaat kepada anak-anak belajar secara maya susulan pandemik Covid-19 kerana tidak semua ibu bapa mampu menyediakannya dan peranti.

Mat Jais Baki berkata pada masa ini mereka perlu ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kertas terletak hampir lima kilometer (km) dari kampung tersebut pada setiap Jumaat untuk mengambil kertas pembelajaran bagi murid sekolah rendah.

Advertisement

“Mungkin mereka dapat belajar mudah kalau setiap ibu bapa ada internet, liputan sini agak baik dan ada pihak sumbangkan WiFi namun kalau ramai guna kelajuannya menjadi perlahan.

“Saya berharap penduduk sini dapat memanfaatkan sepenuhnya bantuan ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan sumbangan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari kepada penduduk Orang Asli di Kampung Ulu Batu, Hulu Yam, dekat sini hari ini.

Advertisement

Seramai 2,000 Orang Asli di negeri ini bakal menikmati inisiatif Data Internet Selangor di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 yang boleh dipohon sehingga 15 September.

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.platselangor.com dan klik Inisiatif Bisnes Amal.

Program dengan peruntukan sebanyak RM17.5 juta itu diumumkan Amirudin pada 9 Jun.

Advertisement

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan menanggung kadar langganan bulanan melalui tawaran produk kad sim data internet dengan kuota antara 15GB ke 45GB sebulan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top