BM | EN | 中文

Data baikpulih sekolah daif: Jawapan Menteri Pendidikan mengelirukan – Dr Maszlee

dr-maszlee-malik-ahli-parlimen-simpang-renggam-1.jpg
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 18 JUL: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik memohon penjelasan berkenaan perbezaan data yang diberikan Menteri Pendidikan berhubung jumlah projek baikpulih sekolah daif di seluruh negara.

Kata Maszlee beliau mendapati perbezaan data yang sangat mengelirukan berkenaan jumlah sebenar projek baikpulih sekolah daif tersebut.

“Saya bertanyakan perkembangan terkini usaha baikpulih sekolah daif di seluruh negara terutama sekali di Sabah dan Sarawak.

Advertisement

“Saya juga meminta Menteri Pendidikan membentangkan unjuran kejayaan pelaksanaan khususnya pada tahun 2020.

“Jawapan rasmi jumlah projek seluruh negara yang diberikan kepada saya ialah 773 buah projek, tetapi dashboard menunjukkan jumlah projek ialah 781.

“Saya dapati terdapat perbezaan data yang sangat mengelirukan.

Advertisement

“Di Sabah contohnya, dashboard menunjukkan projek siap berjumlah 141 sedangkan jawapan rasmi yang diberikan kepada saya ialah 150 projek,” kata Dr Maszlee dalam kenyataannya pada Khamis.

Menurut beliau, salah satu inisiatif yang diperkenalkannya di zaman pentadbiran Pakatan Harapan ialah paparan umum dashboard projek sekolah daif bagi membolehkan penglibatan semua pihak dalam memantau pelaksanaan projek naik taraf dan pembinaan semula sekolah daif.

Tambahnya, melalui paparan umum dashboard itu, kementerian akan menjadi lebih telus dan menunjukkan sikap pertanggungjawaban yang tinggi kepada rakyat di mana maklumat terkini boleh diperolehi.

Advertisement

Bahkan kata beliau, langkah itu merupakan penyumbang kepada kejayaan menyelesaikan projek sakit dan tertunggak sebelum ini.

“Ketika menjadi Menteri dahulu, saya bersama-sama pihak KPM telah membuat keputusan untuk menyediakan satu papan pemuka (dashboard) yang boleh diakses oleh orang awam untuk melihat sendiri perkembangan projek baik pulih sekolah daif,” katanya lagi.

Menurut Dr Maszlee, paparan dashboard tersebut masih boleh diakses di projekdaif.moe.gov.my dan beliau memohon penjelasan Kementerian Pendidikan berkenaan perkara tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top