BM | EN | 中文

Darurat, gantung parlimen bukan jalan penyelesaian Covid-19, tapi PICK

Lim-Guan-Eng-2.jpg

Gambar Ehsan The Edge Market

Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Fakta dan angka membuktikan bahawa darurat dan penggantungan parlimen bukanlah penyelesaian untuk memenangi untuk memerangi Covid-19.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang berjaya adalah jalan penyelesaiannya.

Menurutnya, perolehan vaksin yang perlahan telah menyebabkan penghantaran yang lewat dan kadar vaksinasi yang rendah.

Advertisement

“Peningkatan jangkitan Covid-19 yang tinggi telah menimbulkan rasa takut dan panik di kalangan rakyat yang mengakibatkan keterdesakan pencarian vaksin untuk melindungi orang yang mereka sayangi.

“Itulah sebabnya rakyat sangat marah dan kecewa dengan pendaftaran atas talian untuk vaksin AstraZeneca yang gagal, walaupun berharga RM70 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi pelaksanaan PICK yang segera dan lancar, Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP berkata, perlu akauntabiliti, ketelusan dan pengawasan fungsi kerajaan.

Advertisement

Terdahulu, beliau dilaporkan Roketkini berkata hanya parlimen yang dapat memainkan peranan semak dan imbang ini bagi memastikan kerajaan menjalankan tugasnya dan dana awam digunakan dengan betul.

“Parlimen mesti dibuka semula, dan Darurat perlu ditamatkan segera untuk mempercepatkan proses vaksinasi,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top