BM | EN | 中文

Darurat diisytihar di Batu Sapi, PRK dibatalkan

Muhyiddin-Yang-Dipertuan-Agong.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Menurut kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar Pilihran Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara.

Kenyataan itu terdahulu memaklumkan, Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Negara hari ini.

Advertisement

Difahamkan dalam pertemuan selama satu jam itu, Muhyiddin mempersembahkan nasihat beliau, susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri, berkenaan pelaksanaan Darurat bagi kawasan parlimen Batu Sapi, bagi perkenan Baginda.

“Setelah memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Dato’ Abdul Ghani Salleh, Al-Sultan Abdullah telah berpuas hati bahawa adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Daruratcberdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu Ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan
tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi P.185 Batu Sapi, Sabah.

“Dengan pengisytiharan ini juga apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud penjalanan PRK bagi P.185 Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang ke-empat penularan wabak COVID-19 dan satu tarikh yang lain akan ditetapkan untuk PRK tersebut.

Advertisement

“Maka dengan itu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Pengisyhtiharan Proklamasi Darurat bagi P.185 Batu Sapi, Sabah dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

“Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap keselamatan rakyat jelata ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian COVID-19 di negara ini sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sabah ke-16 yang diadakan pada 26 September, 2020.

“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda berpendapat bahawa amatlah wajar PRK ini dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara.

Advertisement

“Perkenan Seri Paduka Baginda ini setelah mengambil iktibar dan pengalaman dari PRU Negeri Sabah ke-16 yang menjadi faktor utama gelombang ketiga penularan COVID-19 di negara,” menurut kenyataan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top