BM | EN | 中文

Dari sebulan ke 100 hari, menteri kabinet Muhyiddin dah isytihar harta?

tsmy.png

Keratan laporan media berhubung kenyataan Muhyiddin untuk memastikan menteri kabinetnya mengisytiharkan harta dalam tempoh sebulan

Advertisement

KLUANG, 10 JUN: Komitmen kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan menteri kabinetnya mengisytiharkan harta dalam tempoh sebulan sepertimana yang beliau sendiri ikrarkan masih belum ditunaikan.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, ini kerana ikrar tersebut dinyatakan oleh Muhyiddin sendiri pada 11 Mac lalu selepas mempengerusikan mesyuarat sulung kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin beliau.

“Saya yakin Muhyiddin tidak lupa. Pengumuman yang penting, yang dibuat menerusi sidang media sejurus selepas beliau mempengerusikan mesyuarat sulung kabinet PN. Masakan boleh lupa?

Advertisement

“Hari ini, dicanang berkaitan 100 hari pencapaian kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

“Saya ingin bertanya sekali lagi; adakah kabinet kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sudah mengisytiharkan harta sepertimana yang diikrarkan awal-awal dahulu? kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, langkah mengisytiharkan harta merupakan salah satu jalan untuk menggambarkan komitmen, kebertanggungjawaban serta akauntabiliti sesebuah kerajaan.

Advertisement

“Dari satu bulan kepada 100 hari, ia masih menjadi tanda tanya apakah kerajaan pimpinan Muhyiddin ini masih berdiri sebagai sebuah kerajaan yang punya integriti dan ketelusan.

“Ditambah lagi dengan isu-isu seperti pendedahan rakaman audio berhubung ‘membeli’ sokongan ahli-ahli parlimen menerusi ‘scheme of things’ yang tular baru-baru ini, persoalan berkaitan integriti dan akauntabiliti wajar dipersoalkan keatas kerajaan hari ini,” ujarnya lanjut.

Dalam pada itu Sheikh Umar turut mengingatkan, Adun dari Pakatan Harapan Johor telah menghantar borang pengisytiharan harta kepada Speaker negeri pada 31 Mei lalu.

Advertisement

“Pada masa kita semua memahami akan kepentingan untuk seluruh rakyat Malaysia bersolidariti melawan pendemik Covid-19, saya harap Muhyiddin dan kabinetnya tidak bersikap defensif.

“Saya harap beliau tidak bersembunyi dibalik alasan Covid-19 semata-mata untuk mengelak dari berhadapan dengan isu-isu lain yang tak kurang juga pentingnya dalam berkerajaan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top