BM | EN | 中文

Dari obesiti kini jadi jurulatih, bantu masyarakat turun berat badan

Taufiq-1.jpg

Taufiq (tengah) bertekad mahu bantu masyarakat yang mahu turunkan berat badan.

Advertisement

KOTA TINGGI, 13 JAN: Pernah mengalami masalah berat badan sehingga mencecah 105 kilogram (kg), namun siapa sangka dari saiz itu seorang penjawat awam di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) di sini kini menjadi jurulatih kepada masyarakat yang mahu menurunkan berat badan.

Taufiq Mohamad, 36 atau lebih mesra dgn panggil ‘Coach Topeq’ mengaku pada awalnya dia ‘selesa’ dengan berat badan tersebut tambahan pula sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata.

Taufiq ketika mengalami masalah berat badan sehingga mencecah 105kg suatu masa dahulu.

Katanya, masyarakat sekeliling sering mengatakan dirinya gemok namun kata-kata tersebut tidak pernah diambil endah ketika itu.

Advertisement

Menurutnya, kehidupannya mula berubah selepas mengalami sakit lutut di pejabat akibat berat badan yang melampau.

“Atas nasihat isteri, saya telah menyertai program kendalian selebriti Fitness Kevin Zahri iaitu Jom Kurus Malaysia bagi musim 8, 9 dan 10. Pelbagai ilmu yang dipelajari dalam tempoh tersebut sehingga berjaya menurunkan berat badan,” katanya kepada Johorkini.

Tambah pemilik Ijazah Sarjana Muda Psikologi Open Universiti Malaysia itu, sejak itu dia menjadi yakin dan berazam untuk membantu masyarakat yang mempunyai masalah sama.

Advertisement

Katanya, kini dia telah bergerak selangkah kehadapan dengan memiliki Sijil Jurulatih Kecergasan , Sijil Kejurulatihan Kickboxing ISKA Tahap Satu serta pengalaman dalam bidang kecergasan dengan menjadi ketua pasukan Jom Kurus Musim 11 hingga 14.

Jelasnya, dia kini berdiri bersama dengan jurulatih dan dietetik dalam program Diet Malaysia yang sangat membantu jurulatih dan peserta.

“Saya juga sedang berjinak dengan program sendiri iaitu ‘Fat2Fit with CT’ dalam skop yang lebih kecil .

Advertisement

“Program kecergasan ini tidak mengganggu tugasan saya walaupun bertugas sebagai seorang penjawat awam dan kini mempunyai dua orang cahaya mata.

“Apa yang penting kita haruslah pandai membahagikan masa antara keluarga, kerja hakiki dan minat dalam bidang kecergasan,” katanya lagi.

Taufiq turut memberitahu, usaha menurunkan berat badan memerlukan kesabaran kerana kejayaan tidak datang sekelip mata.

Advertisement

Katanya, mereka yang mahu berjaya tidak boleh cepat putus asa dan haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan senaman secara berkala.

“Curi masa anda untuk kesihatan dan ianya pasti berbaloi. Apabila sudah berjaya kelak, jangan cepat berpuas hati dan teruskan apa yang dilakukan,” katanya yang akan memulakan program Jom Kurus Malaysia musim 14 yang dijangka bermula pada 18 Januari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top