BM | EN | 中文

“Dari makan berhidang, dipaksa masuk hutan cari kayu api”

ppbm-ph-Bersatu.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 4 MEI: Situasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini ibarat ‘dari makan berhidang kini dipaksa masuk hutan mencari kayu api’.

Malah, kedudukan selesa yang diperolehi Bersatu sebelum ini telah digadaikan untuk memuaskan hati seseorang individu sehingga parti itu terutamanya di Johor ketika ini terpaksa bersusah payah dalam mengurus kuasa.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan tiga pimpinan PH Johor, Naib Pengerusi AMANAH Johor, Abdul Hamid Jamah, Bendahari Pakatan Harapan (PH) Johor, George Poh Eng Guan dan Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Malik Faishal Ahmad.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, kesepaduan perjuanganlah yang menyebabkan Bersatu diberikan peluang bertanding dan menghasilkan kemenangan.

“Menyingkap detik pra PRU 14, ketika rundingan kerusi antara parti komponen PH untuk menawan Johor, kerusi-kerusi yang menjadi pertikaian adalah kerusi campuran.

“Berkat perjuangan bersama rakan di dalam PH dan mandat Bangsa Johor yang menolak Umno-BN, PH Johor mendapat kemenangan besar di mana telah berjaya menawan 18 kerusi parlimen dan 36 kerusi Dun.

Advertisement

“Nama-nama besar seperti Khaled Nordin, Shahrir Samad, Jais Sarday, Ayob Rahmat, Tee Siew King dan ramai lagi telah kecundang.

“Umno Johor yang digembar-gemburkan sebagai tiang seri telah runtuh,” kenyataan media bersama tersebut.

Kata mereka, tindakan Bersatu membelakangi mandat rakyat bagi menjalinkan kerjasama dengan Umno-BN telah lari dari matlamat asal perjuangan mereka.

Advertisement

“Mana tidaknya, Pengerusi Bersatu Johor sendiri ibarat harimau hilang taring dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan digantikan dengan Datuk Shahrir Samad.

“Jangan kata berbahagi harta rampasan perang, harta yang dikendong pun jatuh berciciran. Mereka harus sedar tentang perhitungan hayat politik parti mereka.

“Jika berhadapan dengan pilihanraya pastinya mereka akan dibuli oleh Umno BN.

Advertisement

“Pimpinan Bersatu Johor perlu bersikap lebih agresif dan meletakkan matlamat perjuangan parti lebih jelas untuk membawa mereka keluar dari krisis dalam Perikatan Nasional (PN),” jelas mereka lagi.

Kata mereka lagi, parti Bersatu perlu bangkit demi penyokong serta perjuangan asal mereka iaitu melawan Umno BN

Mereka turut diingatkan perjuangan politik bukan perjuangan kepentingan peribadi atau individu tetapi untuk rakyat dan negara.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top