Oleh YUNOS ALI
BAKRI, 19 Feb Sebanyak 500 bungkusan juadah tengahari telah diedarkan kepada ahli-ahli AMANAH Kawasan Bakri sebagai simbolik kerjasama semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Dalam program ‘Dapur Rakyat’, AMANAH Negeri Melaka dan AMANAH telah bergotong-royong menjayakan yang diadakan di Taman Seri Kasih, Batu 3.
Turut hadir membantu, Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Kawasan Simpang Jeram dan Ketua-Ketua AMANAH Cawangan.
PRN Johor dijadualkan akan berlangsung pada 26 Februari untuk penaman calon, 8 Mac pengundian awal dan 12 Mac hari mengundi.
Semua pengundi yang bekerja di luar Johor digalakkan supaya pulang mengundi untuk membentuk kerajaan baharu bagi tempoh lima tahun.