BM | EN | 中文

Dapur Kinrara inisiatif Adun agih makanan percuma, bantu individu terkesan Covid-19

Ng-Sze-Han-Dapur-Kinrara.png

Adun Kinrara, Ng Sze Han (berbaju biru) menyerahkan sumbangan makanan kepada penduduk pengsapuri-pangsapuri di sekitar kawasan DUN Kinrara, baru-baru ini

Advertisement

SHAH ALAM, 10 DIS: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara di Selangor mewujudkan dapur berpusat bagi mengagihkan makanan tengah hari secara percuma kepada golongan memerlukan.

Adun Kinrara, Ng Sze Han berkata insiatif Dapur Kinrara digerakkan pada setiap Ahad selepas ramai penduduk memohon bekalan makanan bermasak sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Beliau dilaporkan SelangorKini menjelaskan, program itu dikendalikan sukarelawan di Balai Masyarakat Majlis Bandaraya Subang Jaya Majlis Perwakilan Penduduk Zon 10, Bandar Puchong Jaya.

Advertisement

“Makanan dengan menu vegetarian boleh didapati oleh semua lapisan masyarakat dari 12 tengah hari sehingga 2 petang.

“Saya akan cuba membantu sesiapa sahaja terutama yang hilang pekerjaan dan menggalakkan mereka membawa bekas makanan sendiri,” katanya.

Exco Kerajaan Tempatan itu turut menambah pihaknya bersedia menambah bilangan hari dapur berpusat jika diperlukan selain mempelawa orang ramai menyumbang bahan masakan dan menjadi sukarelawan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top