JOHOR BAHRU, 4 FEB : Sebuah dapur sebuah kedai makan di Jalan permas 11, Permas Jaya, di sini terbakar dalam kejadian pagi tadi.
Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan Kilok Anak Lampas berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 9.41 pagi.
Katanya, seramai tujuh orang anggota dengan sebuah jentera dari Johor Jaya serta 11 anggota dari Tebrau dan dua jentera dihantar ke lokasi kejadian.
“Setibanya dilokasi didapati benar berlaku kebakaran makanan di bahagian dapur 20 peratus terbakar pada bahagian periuk deep fried jenis elektrik.
“Tindakan operasi menggunakan satu circular disc saw untuk potong roller shutter dan guna satu hose hantaran air dari pili.
“Kedai tidak beroperasi. Kali terakhir dibuka padajam 12 malam tadi,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala anggaran kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Johorkini