BM | EN | 中文

Dapur Harapan Bakri agih 480 pek makanan percuma kepada penduduk setempat

yeo-bee-yin-dapur-harapan-bakri.png
Advertisement

MUAR, 13 OKT: Ahli parlimen Bakri, Yeo Bee Yin memaklumkan pusat khidmat parlimen itu mengagihkan sebanyak 480 pek makanan kepada penduduk setempat melalui program Dapur Harapan Bakri.

Menurut beliau sebanyak lima buah kedai makan yang terlibat dalam program tersebut iaitu Warung Asam Pedas Kak Nab Bomba, Warung Puan Zurializa, Jalan Parit Naib Kadir, Warung Kak Midah Jalan Ayer Hitam Batu 19, Warung Kak Mah Parit No 2 dan Warung Parit No 7 disini.

Turut membantu menjayakan program adalah pegawai khas Adun Bukit Naning, Mohd Azlan A Hamid bersama Hussein Aqurios daripada parti AMANAH kawasan Bakri selain Adun Bentayan, Ng Yak Howe.

Advertisement

Dalam perkembangan berkaitan, pusat khidmat parlimen itu turut mengedarkan bantuan Kotak MITRA 2021 yang diperuntukkan Kementerian Perpaduan kepada masyarakat India di parlimen tersebut.

“Harapan kami supaya dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat India di sini yang terjejas akibat pandemik dan menceriakan lagi perayaan Deepavali beberapa minggu lagi,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top