BM | EN | 中文

DAP Kulai lapor insiden fitnah tulisan Jawi

Untitled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU,6 OGOS: DAP Kulai membuat satu laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai berhubung penularan satu video yang berdurasi 52-saat dimana seorang lelaki dilihat menghambur kata-kata kesat terhadap dua orang perempuan.

Setiausahanya, Marina Ibrahim berkata laporan tersebut dibuat bagi menafikan dakwaan yang dilemparkan terhadap DAP yang didakwa membuat kempen dari rumah ke rumah untuk menolak tulisan jawi dalam silibus pelajaran sekolah.

Marina turut melahirkan menegaskan bahawa tindakan tidak bertanggungjawab tersebut hanya akan mengugat keamanan dan keharmonian diantara masyarakat berbilang bangsa dalam negara.

Advertisement

Ahad lalu juga, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menerusi blognya berkata beliau sendiri pernah mempelajari Jawi namun ianya tidak mengubah jati dirinya.

Beliau yang juga Penasihat DAP turut berkata, “mempelajari jawi tidak membuatkan saya kurang Cina, dan mungkin telah membantu menjadikan saya lebih rakyat Malaysia”.

Isu tersebut berbangkit susulan keputusan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 menjelang tahun 2020.

Advertisement

Sumber: Sinar Harian

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top