BM | EN | 中文

DAP kecam serangan Israel di Masjid al-Aqsa

teo-nie-ching-tudung-masjidil-aqsa-baitulmaqdis.png

Gambar Hiasan

Advertisement

KULAI, 10 MEI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengecam serangan anggota keselamatan Israel ke atas warga Palestin di Masjid al-Aqsa.

Setiausaha Antarabangsa DAP, Teo Nie Ching berkata, serangan terhadap rumah ibadat ialah perbuatan keganasan dan tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi semasa bulan Ramadan dan Aidilfitri juga bakal menjelang.

“Israel sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan konflik Timur Tengah yang semakin meruncing dan bukan mengambil jalan keganasan.

Advertisement

“DAP menggesa kerajaan Malaysia untuk turut sama mengecam serangan Israel tersebut,” kata ahli parlimen Kulai itu, lapor Roketkini.

Menurut laporan, 178 orang warga Palestin telah cedera dalam serangan tersebut yang terjadi ketika jemaah mengerjakan solat terawih. Juga menurut laporan, ramai para jemaah yang terperangkap akibat serangan tersebut, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top