BM | EN | 中文

DAP Johor usaha capai lima matlamat – Chin Tong

dap-johor.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 3 MEI: Jawatankuasa DAP Johor yang baharu akan berusaha mencapai lima matlamat yang digariskan, kata pengerusi negeri parti itu yang dilantik semula, Liew Chin Tong.

Kata Chin Tong, gandingannya bersama timbalan pengerusi negeri, Teo Nie Ching akan bekerja keras berdepan cabaran dan merancang mengadakan jelajah sesi temu untuk mendengar suara hati ahli-ahli akar umbi di seluruh negeri Johor.

“Pemilihan parti sudahpun berakhir dan kini masanya tiba untuk kita berbaik semula dan bersatu hati.

Advertisement

“Bak kata pepatah biduk berlalu kiambang bertaut. Sebagai satu pasukan, kita perlu memberi tumpuan kepada pilihan raya umum akan datang,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan.

Katanya lima perkara yang digariskan itu adalah bersiap sedia untuk PRU15, membuat persediaan lengkap untuk mentadbir kerajaan, merealisasikan impian DAP sebagai sebuah parti pelbagai kaum, transformasi parti, “daripada kedai runcit menjadi pasar raya besar” dan menjadikan DAP sebagai pilihan politik anak muda dan wanita.

Chin Tong yang memegang jawatan itu untuk penggal keempat berkata, jawatankuasa negeri kali ini bersama Teo Nie Ching akan memainkan peranan yang lebih besar.

Advertisement

“Saya juga bangga kerana pimpinan wanita mewakili satu pertiga jawatankuasa negeri.

“Saya harap kita semua dapat mencari jalan penyelesaian terhadap perbezaan pendapat antara kita dan dapat menjalin kerjasama yang lebih erat.

“Inilah cara kita untuk terus berkembang sebagai sebuah parti. Terima kasih atas mandat yang diberikan kepada jawatankuasa negeri yang baharu,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top