BM | EN | 中文

DAP Johor pilih kepimpinan negeri 2 Mei ini

dap-johor-DAP.png

JOHOR BAHRU, 26 APR: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor akan mengadakan Konvensyen Biasa Negeri pada 2 Mei ni, sekaligus pemilihan untuk melantik kepimpinan negeri yang baru.

Menurut Setiausaha DAP Johor, Tan Hong Pin, salah satu agenda dalam konvensyen kali ini adalah pemilihan 15 orang ahli jawatankuasa negeri untuk membentuk pimpinan negeri.

Tan Hong Pin

“40 orang calon akan mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini,” menurut Hong Pin  dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, Konvensyen Biasa Negeri kali ini akan diadakan di Restoran Grand Sea View, Batu Pahat.

Tambah beliau, para perwakilan diingatkan supaya membawa bersama dokumen pengenalan diri dan mematuhi SOP pencegahan pandemik Covid-19 semasa mendaftar diri.

Katanya lagi, pematuhan SOP akan dijalankan dengan teliti dan konvensyen kali ini hanya melibatkan perwakilan tanpa ahli bukan perwakilan sebagai pemerhati.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top