BM | EN | 中文

DAP Johor lancar kempen kit ujian kendiri ‘Peduli Johor’ dengan harga subsidi

Kempen-Kit-Ujian-Kendiri-Peduli-Johor.jpg
Advertisement

KLUANG, 1 SEPT: DAP Johor melancarkan Kempen Kit Ujian Kendiri Peduli Johor dengan setiap indvidu boleh membeli kit tersebut dengan harga subsidi.

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, kempen itu dilancarkan bagi mengalakkan lebih ramai orang menjalankan ujian saringan kendiri,

“Pejabat saya telah menyediakan 200 unit kit ujian kendiri. Penduduk Kluang boleh mendapat kit tersebut di pejabat saya dengan harga RM10 setiap unit bagi keluarga B40 dan RM18 bagi keluarga bukan B40.

Advertisement

“Oleh sebab stok amat terhad, setiap isi rumah dihadkan pembelian maksima 5 unit sahaja,” katanya dalam satu kenyataan

Kata Shu Qi, di United Kingdom, penduduk termasuk warga asing boleh menghubungi pihak berkuasa kesihatan sekiranya bergejala dan kit ujian kendiri akan terus dihantar ke depan pintu rumah.

“Di negara jiran kita pula, kerajaan mereka telah mula mengagihkan kit ujian kendiri dari rumah ke rumah serta di sekolah supaya setiap orang dapat menjalani ujian kendiri secara berkala.

Advertisement

“Tujuan ujian kendiri ini adalah untuk kita memantau keadaan kesihatan sendiri dan menjalani kuarantin terus sekiranya mendapat keputusan positif.

“Untuk memutuskan rantai penularan virus Covid-19, kita perlu ambil tindakan secara pantas, termasuk menggalakkan orang ramai melakukan ujian kendiri. Ini kerana jumlah ujian saringan yang kerajaan lakukan setiap hari adalah tidak mencukupi,” katanya lagi.

Namun kata Shu Qi harga pasaran kit tersebut masih terlalu tinggi antara RM30 hingga RM40.

Advertisement

“Ia merupakan satu harga yang terlampau tinggi berbanding dengan harga pasaran di negara lain.

“Kerajaan seharusnya memainkan peranan proaktif supaya kit ini menjadi satu barang asas yang berharga rendah supaya setiap isi rumah mampu belinya,” kata Shu Qi lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top