BM | EN | 中文

DAP Johor buka tabung peduli banjir Lembah Klang

dap-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 DIS: Usaha membantu mangsa banjir di Lembah Klang terutamanya di Selangor diteruskan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

DAP Johor baru-baru ini antara yang turut bersedia untuk turun padang melakukan operasi bantuan.

Dalam pada DAP Johor turut mengalu-alukan kepada mana-mana dermawan dan mereka yang ingin menyumbang untuk berbuat demikian melalui Tabung Bencana Benjir Lembah Klang yang dilancarkan.

Advertisement

“Unit Tindak DAP Johor membuka Tabung Peduli Banjir bagi membantu mangsa banjir di Lembah Klang.

“Maka kepada yang ingin menyumbang bolehlah di salurkan sumbangan anda ke akaun DAP JOHORE STATE COMMITTEE (Public Bank) 3101109707

“Atau hubungi Marina Ibrahim, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor di talian 013-7887945,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Sehingga semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 37 kematian membabitkan insiden banjir yang melanda tujuh negeri sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, sebanyak 10 individu lagi dikhuatiri hilang.

Kata beliau, sepanjang tempoh itu, sebanyak 68,341 mangsa banjir direkodkan melibatkan 18,080 keluarga dan kini berada di 396 pusat pemindahan sementara.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top