BM | EN | 中文

DAP jadi momok halalkan cara ‘rampasan kuasa’

DAP.jpg

Gambar Ehsan Malay Mail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 MEI: Sudah tiba masanya kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini menyiasat tingkah laku parti DAP yang dituduh sebagai perosak bangsa Melayu.

Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Azam Mektar berkata, ini kerana banyak kenyataan selama ini memomokkan parti DAP yang ditujukan terhadap orang Melayu di negara ini.

“Sekiranya DAP ini dituduh sebagai parti perosak bangsa Melayu, inilah masa terbaik kerajaan yang dikatakan Melayu untuk mengambil tindakan undang-undang dengan segera terhadap parti tersebut.

Advertisement

“Jangan hanya pandai berbicara kosong sekiranya tindakan tidak dijalankan,” sindir Azam.

Justeru itu beliau mengajak orang Melayu untuk memikirkan soal tersebut secara rasional dan bukannya secara emosi atau dengan sifat perkauman.

“Mengapa ketika ini tidak bersuara berkenaan dengan isu pelabuhan di negara ini yang mulai dikuasai oleh MCA?

Advertisement

“Perkara ini harus dipertimbangkan dengan adil bukan hanya menuding tanpa rasional.

“Selama ini momokan terhadap parti itu membuatkan ramai di kalangan kita menjadi emosi sehingga tidak dapat melihat kebaikan yang telah diusahakan oleh parti DAP.

“Kita akui memang semboyan menyatakan DAP perosak Melayu itu berjaya dimainkan.

Advertisement

“Ini akibat dari kelonggaran (kebebasan) media oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dan kini sudah tiba masanya untuk pemimpin Melayu PN buktikan bahawa DAP itu perosak Melayu,” katanya.

Azam menambah, DAP bukan parti yang perlu ditakuti kerana pencapaian mereka dalam pentadbiran dan usaha membangunkan negara perlu dihargai.

“Antara contoh perkara yang berjaya diusahakan adalah rangsangan ekonomi, pentadbiran pengangkutan awam dan pelbagai lagi.

Advertisement

“Sudah terang lagi bersuluh selama ini DAP hanya dijadikan bahan mainan untuk pemimpin PN memperbodohkan orang Melayu.

“Apa yang disebarkan selama ini berkenaan momokan ‘DAP perkudakan PH’ dan ‘merosakkan Melayu’ tidak wujud sama sekali.

“Ia hanya suara-suara golongan yang berkepentingan sahaja,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top