BM | EN | 中文

DAP gesa semua parti beri laluan Umno menang tanpa bertanding di Gerik

Lim-Guan-Eng.jpg

Gambar Ehsan Yahoo News

Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa semua parti politik supaya mengelak meletak calon dan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada Umno.

Beliau berkata demikian susulan kematian Ahli Parlimen Gerik, Hasbullah Osman dan bagi mengekang risiko penularan wabak Covid-19 semasa pilihan raya kecil.

“Pemergian Hasbullah mengundang satu lagi pilihan raya kecil dalam 60 hari, yang boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan awam ketika Malaysia berada di tengah-tengah lonjakan tinggi jangkitan Covid-19.

Advertisement

“Sebagai pengiktirafan khidmat beliau dan bahawa Malaysia berada dalam gelombang ketiga jangkitan Covid-19 yang teruk, seharusnya tidak ada pertandingan dalam pilihan raya kecil oleh parti-parti untuk melawan Umno,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lim yang juga ahli parlimen Bagan turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Hasbullah yang meninggal dunia semalam akibat serangan jantung.

“DAP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ahli parlimen Umno Gerik, Hasbullah Osman

Advertisement

“Walaupun berada di sebelah pihak berlawanan, Hasbullah telah berkhidmat lebih daripada dua penggal sebagai ahli parlimen dan kepada rakyat di kawasannya,” katanya lagi.

Hasbullah dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat serangan jantung petang semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top