BM | EN | 中文

DAP Ayer Hitam lancar program mobilisasi 10 minggu

Anthony-Loke-Liew-Chin-Tong.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 4 OGOS: Jawatankuasa perhubungan parlimen DAP Ayer Hitam akan melancarkan program menggerakkan jentera persediaan pilihan raya umum (PRU) sebagai persiapan menghadapi PRU mengejut sama ada di negeri Johor atau seluruh negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan DAP Ayer Hitam hari ini program tersebut dijadualkan berlangsung dalam tempoh 10 minggu mulai pertengahan bulan Ogos ini.

Menurut DAP Ayer Hitam pada PRU ke-14 lalu parti itu tewas tipis dengan hanya 303 undi di parlimen itu yang merupakan antara kerusi paling penting.

Advertisement

“DAP dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan Plus akan terus berjuang di setiap kerusi parlimen yang ditandingi.

“Kami tidak akan melepaskan mana-mana kerusi yang sedia ada,” kata Liew Chin Tong, pengerusi DAP Johor dipetik dari kenyataan tersebut.

Dijangka hadir Mesyuarat Agung Tahunan Berkelompok DAP peringkat Parlimen Ayer Hitam pada 16 Ogos depan bagi melancarkan program 10 minggu tersebut ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Advertisement

Dalam pada itu Chin Tong, turut menekankan bahawa rakyat Malaysia telah berjaya melakukan kejayaan besar pada PRU 2018 apabila memilih Pakatan Harapan.

“Kejayaan terbesar adalah hukuman penjara 72 tahun (menjadi 12 tahun sekaligus) dan denda RM210 juta yang dijatuhkan keatas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tanpa pertukaran kerajaan yang berlaku selepas PRU ke-14, Najib akan terus berkuasa, malah bagi tempoh sepuluh tahun yang akan datang,” tambah Chin Tong.

Advertisement

Sebaliknya kata beliau, selepas mengambilalih kerajaan tanpa mandat pada awal 2020, kerajaan Perikatan Nasional melalui Jabatan Peguam Negara telah menggugurkan kesemua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram keatas bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

“Pada masa yang sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kerap melawat Sabah, sebanyak tiga kali sebulan, yang dilihat sebagai cubaan mereka untuk merampas kuasa di Sabah melalui pembelian “katak politik”.

“Yang mereka tidak sangka ialah kecekapan Ketua Menteri Shafie Apdal bertindak proaktif dengan membubarkan DUN Sabah untuk membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan,” katanya.

Advertisement

Tambah Chin Tong, PRN Sabah pasti akan memberi impak kepada politik nasional dan menyeru agar semua anggota dan penyokong bersedia berdepan keadaan politik Malaysia yang tidak menentu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top