BM | EN | 中文

Danish fokus isu bekalan makanan rakyat, buka luas ruang aduan, gilap bakat muda

Pengkalan-Batu-Muhamad-Danish-Zainudin.jpg
Advertisement

MELAKA, 11 NOV: Memastikan bekalan makanan rakyat terjamin, membuka ruang seluasnya untuk mendengar aduan masyarakat dan menggilap bakat anak-anak muda yang berpotensi.

Demikian tiga langkah yang akan dilaksanakan Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Muhamad Danish Zainudin sekiranya beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu.

Muhamad Danish dilaporkan Roketkini berkata, sekiranya dipilih, beliau akan mewujudkan sebuah program kebun komuniti atau ‘food bank’ bagi membantu golongan yang memerlukan.

Advertisement

Beliau menjelaskan, menerusi program kebun komuniti itu, rakyat yang memerlukan boleh mengambil bekalan makanan seperti sayur-sayuran di sebuah tempat khas yang akan dibangunkan kelak.

“Sejak kita menjalankan kerja dan khidmat di DUN Pengkalan Batu, kita telah melihat kebanyakan rakyat dan masyarakat di sini dan isu terpenting adalah isu kemiskinan dan terputus bekalan makanan.

“Sekiranya diberi mandat oleh pengundi, kita akan menjalankan program kebun komuniti dan akan menggunakan konsep mencari sebuah tempat untuk menanam tanaman yang memberikan hasil dengan cepat seperti tanaman cili dan bendi, konsepnya adalah apabila ia telah mudah tumbuh, rakyat boleh memetik sendiri hasilnya,” katanya.

Advertisement

Selain itu, Muhamad Danish menambah, pihaknya juga akan mewujudkan ‘Hari Bertemu Rakyat’ secara mingguan bagi memberi ruang rakyat membawa isu-isu setempat yang penting.

Usaha itu kata beliau, diinspirasikan daripada gerak kerja penyandang ADUN Duyong, Damian Yeo Shen Li yang menjalankan program serupa sebelum ini.

“Program ini memberi ruang kepada rakyat dan pengundi DUN Pengkalan Batu untuk berjumpa dengan wakil rakyat mereka dan membawa isu-isu penting atau sebarang masalah dalam komuniti mereka, ia beri ruang untuk lebih dekat dengan rakyat,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Muhamad Danish, 25, yang juga calon termuda DAP berkata, beliau turut merencanakan ‘Program Adik Angkat’ khas untuk anak-anak muda di kawasan Pengkalan Batu.

Jelas beliau. program itu adalah untuk beri fokus kepada usaha menggilap anak-anak muda atau pelajar sekolah yang berpotensi.

“Kita mahu pastikan kesinambungan anak-anak muda di Pengkalan Batu, sebab tu program ini kita mahu gilap orang-orang muda di DUN Pengkalan Batu.

Advertisement

“Kita hendak pastikan anak muda ada platform dan dapat membalas semula jasa ibu bapa mereka,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top