BM | EN | 中文

Danial Amier pemain tengah baru JDT musim depan

Danial-Amier-JDT.jpg

Gambar Ehsan FB Johor Southern Tigers

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 22 DIS: Johor Darul Takzim (JDT) hari ini mengumumkan Muhammad Danial Amier Norhisham, sebagai pemain tengah baharu kelab berkenaan bagi memperkuatkan cabaran skuad Harimau Selatan, dalam mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur berumur 23 tahun itu, menandatangani kontrak selama dua tahun bersama JDT dan merupakan produk jangka panjang kelab bola sepak tersebut.

Pemilik JDT Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JDT berkata, baginda sangat gembira dan berbesar hati mempunyai pemain berbakat seperti Danial Amier.

Advertisement

“Danial Amier merupakan pemain yang bukan sahaja berbakat, malah berani menyahut cabaran untuk berada di JDT. Apa yang saya kagum dengan Danial Amier adalah semangatnya yang kuat. Bagi saya dia buat keputusan sangat tepat untuk berada di JDT,” kata Tunku Ismail.

Sementara itu, Danial Amier yang sebelum ini beraksi bersama Felda United mengakui terkejut, apabila Tunku Ismail berminat mendapatkan khidmatnya pada awal musim ini, namun atas beberapa faktor, penghijrahannya ke JDT hanya dapat dilaksanakan pada musim depan.

“Ia satu pengiktirafan daripada TMJ dan tidak semua pemain mendapatnya. Ia memberi motivasi buat saya untuk meningkatkan tahap permainan. Saya perlu bekerja keras kerana untuk berada dalam skuad utama bukanlah tugas mudah. Lebih-lebih lagi bagi posisi tengah, JDT dibarisi ramai pemain hebat.

Advertisement

“Sebelum saya ke JDT, rakan-rakan seperti Safawi Rasid, Nazmi Faiz dan beberapa pemain senior lain memberi maklumat terperinci mengenai pasukan dan ia menguatkan keinginan saya untuk sertai JDT bagi meneruskan karier sebagai pemain profesional, di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Danial Amier bermula sebagai pelatih di Frenz United pada 2014, sebelum menyertai Felda United pada musim 2017.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora pula berkata kehadiran Danial Amier mampu memberi impak positif kepada skuad bimbingannya.

Advertisement

“Danaial Amier mempunyai banyak pengalaman, bukan sahaja ketika beliau bersama Felda United. Beliau juga membantu skuad Bawah 23 Malaysia memenangi pihgat perak ketia Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,” katanya.

Sementara itu, JDT bakal mendapatkan khidmat empat lagi pemain, melibatkan seorang penyerang import muda dari Indonesia serta tiga pemain tempatan sebelum saingan liga musim depan bermula.

Tunku Ismail berkata JDT kini dalam proses akhir bagi melengkapkan perpindahan, sebelum memperkenalkan kesemua pemain baharu itu dalam masa terdekat.

Advertisement

“Proses melengkapkan perpindahan pemain sudah mencapai 95 peratus, cuma ada beberapa perkara yang perlu dimuktamadkan,” kata pemilik JDT itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top