BM | EN | 中文

Dana RM58 juta untuk Kolej TAR, presiden MCA ucap terima kasih

wee-ka-siong.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Presiden MCA Wee Ka Siong mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana Kementerian Kewangan setuju memperuntukkan dana berjumlah RM58 juta untuk institusi pengajian tinggi miik parti itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Wee berkata jumlah RM58 juta itu termasuk baki RM18 juta yang diperuntukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk disalurkan kepada dana amanah pendidikan diuruskan persatuan alumninya TAA.

Dua ahli parlimen dari MCA. Wee Ka Siong (Parlimen Ayer Hitam) dan Wee Jeck Seng (Parlimen Tanjung Piai)

Kata Wee, kaedah penyaluran peruntukan kepada Kolej TAR akan kembali kepada sistem dan mekanisme asal yang dilakukan oleh Kerajaan sejak dari tahun 1969-2018 lagi, iaitu disalurkan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) kepada Kolej TAR bagi Perbelanjaan Mengurus (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE).

Advertisement

MOHE pula dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia perbelanjaan OE dan DE bagi Kolej TAR dan peruntukan kepada KU TAR juga tidak akan disalurkan secara ‘adhoc’ kepada pihak ketiga yang bukan merupakan pemilik kolej universiti.

“Bagi meneruskan komitmen kerajaan sepertimana dilakukan sejak penubuhan Kolej TAR (dahulunya dikenali sebagai TAR College), peruntukan geran padanan (OE) sebanyak RM40 juta akan disalurkan kepada Kolej TAR melalui MOHE pada tahun ini (Belanjawan 2020).

“Bagi pihak Kolej TAR, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tengku Zafrul Aziz yang sangat memahami masalah dihadapi institusi pengajian tinggi ini dan bersetuju memberi bantuan kewangan kepada Kolej TAR,” kata ahli parlimen Ayer Hitam itu.

Advertisement

[BACA: Guru, pesara dan warga emas sasaran utama Macau Scam di Johor]

Kata Wee peruntukan kepada kolej milik MCA itu dipotong sebanyak RM5.5 juta dalam Belanjawan 2019 dan RM1 juta dalam Belanjawan 2020.

Menteri Kewangan sebelum ini, Lim Guan Eng berkata kerajaan PH sedia menyediakan peruntukan RM30 juta jika MCA melepaskan pegangan dalam Kolej TAR.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top