BM | EN | 中文

Dana RM1.5 juta bantu 700 peniaga bangkit semula – Lembaga Zakat Selangor

Lembaga-Zakat-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 16 JUL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan dana RM1.5 juta bagi membantu peniaga terjejas pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop berkata bantuan itu termasuk dalam 19 inisiatif Zakat Selangor Peduli dan menyasarkan membantu 700 usahawan yang terkesan.

Menurutnya, kumpulan terbabit telah dikenal pasti, terdiri usahawan asnaf fakir dan miskin serta bekas asnaf yang terjejas pendapatan berikutan Covid-19.

Advertisement

“Kita salurkan bantuan dalam bentuk suntikan modal untuk membolehkan mereka bangun semula, setiap peniaga sama ada asnaf fakir dan miskin atau bekas usahawan asnaf terbabit menerima bantuan maksimum RM2,000.

“Kita faham masalah mereka yang mungkin tiada modal untuk meneruskan semula perniagaan,” katanya, lapor SelangorKini.

2 Julai lalu, LZS mengumumkan peruntukan zakat RM69.3 juta bagi melaksanakan 19 inisiatif Zakat Selangor Peduli bagi membantu golongan terjejas akibat pelaksanaan PKP 3.0.

Advertisement

Inisiatif dilaksanakan secara berperingkat sehingga Disember ini dijangka memanfaatkan 59,322 penerima dan 431 institusi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top