BM | EN | 中文

Dana pendidikan Lembaga Zakat Selangor boleh dimohon pelajar IPT mulai esok

Dana-pendidikan-LZS.png
Advertisement

SHAH ALAM, 19 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempelawa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) yang dibuka mulai esok.

Agensi itu memaklumkan permohonan sumbangan RM700 bagi pelajar dalam negara dan RM2,500 untuk pelajar luar negara itu dibuka selama sebulan sehingga 20 Disember.

“Alhamdulillah, berita baik ini buat semua pelajar IPT dalam dan luar negara untuk memohon dana ini. Dana ini adalah secara ‘one-off’ bagi setiap peringkat pelajaran,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

LZS berkata permohonan boleh dibuat menerusi dalam talian di www.zakatselangor.com.my/spzas

Agensi itu juga mengingatkan pemohon membaca syarat terlebih dahulu sebelum mengisi butiran kerana hanya sekali sahaja permohonan dibenarkan.

Antara syarat permohonan individu itu perlu beragama Islam, warganegara Malaysia, ketua keluarga/penjaga lahir di Selangor atau bermastautin dan menetap di negeri ini tidak kurang tiga tahun.

Advertisement

Selain ia dibuka kepada pelajar semester dua dan keatas bagi IPT dalam negara dan bidang pengajian Islam serta perubatan peringkat Sarjana Muda bagi mereka yang belajar di Mesir, Jordan dan Maghribi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top