BM | EN | 中文

Dana khas kaum India di Johor hanya disalur melalui MIC? – Adun Tiram

adun-tiram-S-Gopalakrishnan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 SEPT: Adun Tiram, S Gopalakrishnan menggesa kerajaan Johor menjelaskan sama ada dana khas kepada kaum India di negeri ini hanya disalurkan melalui parti MIC.

Gopalakrishnan berkata, beliau sebelum ini telah menghantar 142 permohonan secara dalam talian, namun sehingga kini statusnya masih tidak jelas.

“Pada persidangan Johor baru-baru ini, saya telah membawakan isu berkenaan dana khas kepada kaum India yang ditawarkan sebelum ini sama ada ia mencakupi atau ia disalurkan secara memilih bulu melalui saluran parti MIC sahaja?

Advertisement

“Sebelum ini saya pernah memohon melalui online sebanyak 142 permohonan sehingga selarang ia belum diluluskan.

“Akan tetapi bilamana dipohon melalui parti itu berlaku sebaliknya.

“Maka saya menyuarakan didalam persidangan tersebut dengan jelas, perihal kebajikan tidak seharusnya menjadi isu politik dan mewakili masyarakat kaum India khususnya,” kata Gopalakrishnan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Kerajaan Johor sebelum ini menerusi pejabat Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan membuka permohonan bagi Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Negeri Johor Tahun 2021 bagi kategori Kebajikan, Pendidikan (IPTA dan IPTS) dan Keusahawanan.

Borang permohonan itu perlu dimuat turun mengikut kategori kelayakan dan perlu dihantar sebelum atau pada 15 Julai 2021.

Dalam perkembangan lain, pusat khidmat DUN Tiram meneruskan kerja-kerja amal di sebuah perkampungan nelayan dekat Tanjung Langsat,

Advertisement

Gopalakrishnan berkata, pihaknya menghulurkan sumbangan kewangan kepada seorang nelayan untuk membaiki jeti.

“Ketika lawatan saya sebelum ini menyaksikan sendiri dimana terdapat banyak kerosakan jambatan disana.

“Semoga dengan sumbangan ini dapatlah membantu kos baikpulihnya nanti,” katanya lagi.

Advertisement

Pihak pusat khidmat DUN Tiram turut melawat beberapa keluarga yang memerlukan bantuan dengan mengagihkan sumbangan bakul makanan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top