BM | EN | 中文

Dana Didik Harapan Johor – Terap amalan menabung seawal usia satu hari melalui SSPN-i

IMG-20200221-WA0019.jpg

Ahmad Dasuki (berdiri, lima, kiri) merakam gambar bersama ibu-ibu yang baru melahirkan bayi di HSI di sini selepas menyerahkan borang permohonan Dana Didik Harapan Johor dan cenderahati PTPTN.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 FEB: Seorang ibu yang baru melahirkan bayinya semalam meluahkan rasa gembira selepas mendapat tahu terpilih untuk menerima Dana Didik Harapan Johor.

Haleeda Hamizan, 28 berkata, beliau bersyukur dan gembira apabila dia dipilih untuk menjadi penerima dana berkenaan.

“Insentif seperti ini akan membantu mengurangkan beban keluarga saya pada masa akan datang, terutamanya dalam membantu anak saya melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Advertisement

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan kepada saya dan keluarga kami,”katanya.

Terdahulu, Haleeda antara salah seorang ibu yang menerima borang permohonan Dana Didik Harapan Johor dan cenderahati Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disampaikan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Seorang lagi ibu, Meko Lau, 28 berkata, dia tidak sabar untuk merancang masa depan anak perempuannya dengan insentif yang akan diterimanya melalui program itu.

Advertisement

“Saya sangat gembira kerana ini akan membolehkan saya berbincang dengan keluarga saya mengenai masa depan dan perancangan anak saya,”katanya yang bekerja sebagai wakil jualan.

Terdahulu, melalui inisiatif tersebut bayi yang dilahirkan tahun ini, berhak menerima RM100 setiap seorang dalam bentuk tabungan insentif Tabung Pendidikan Simpanan Pendidikan Negara (SSPN-i).

Dana berkenaan dilaksanakan kerajaan Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan dengan kerjasama PTPTN dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Advertisement

Inisiatif berkenaan bertujuan untuk memberi manfaat kepada 1,000 bayi yang pendapatan ibu bapanya di bawah RM7,000.

Dalam pada itu, Ahmad Dasuki berkata, beliau menggalakkan ibu bapa yang mempunyai bayi dilahirkan pada tahun ini untuk membuat permohonan.

“Anak-anak yang lahir tahun ini adalah rakyat pada masa depan. Oleh itu, PTPTN ingin menggesa ibu bapa untuk mengamalkan tabungan pada usia yang sangat awal untuk masa depan yang lebih baik,”katanya.

Advertisement

Ibu bapa yang ingin memohon Dana Didik Harapan Johor boleh mendapatkan borang di hospital kerajaan, pejabat YPJ, PTPTN Johor dan semua cawangan JPN.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top