BM | EN | 中文

Damansara Assets, Cenergi meterai MoU bagi penyelesaian perkhidmatan tenaga

Damansara-Assets-Cenergi-meterai-MoU-bagi-penyelesaian-perkhidmatan-tenaga.jpg

Pengarah Bahagian Harta Tanah dan Infrastruktur JCorp merangkap Pengarah Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) Datuk Akmal Ahmad (dua, kiri) dan Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Bhd Amran Hafiz Affifudin (dua, kanan) menyaksikan Pengarah Urusan DASB Hazman Hilmi Sallahuddin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cenergi EE Holding Sdn Bhd Hairol Azizi Tajudin bertukar dokumen pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara DASB dengan Cenergi dalam kerjasama memasang tenaga solar di semua bangunan milik DASB di Menara JLand semalam.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 DIS: Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pemaju projek kecekapan solar dan tenaga serta penyedia perkhidmatan, Cenergi EE Holdings Sdn Bhd dalam usaha bagi menawarkan pemilik bangunan dengan penyelesaian menyeluruh perkhidmatan pengurusan bangunan yang mampan dan cekap tenaga.

Pengarah Urusan DASB Hazman Hilmi Salahuddin berkata penyelesaian itu disasarkan untuk menyumbang ke arah penjimatan tenaga dan kos dengan memasang semula bangunan mereka dengan fotovoltaik solar (PV) di bumbung dan peralatan elektrik yang dioptimumkan.

Beliau berkata ia dapat dicapai melalui program pembangunan, operasi dan pembiayaan pihak ketiga yang dikenali sebagai Perjanjian Pembelian Tenaga Solar (SPPA) dan Perjanjian Prestasi Penjimatan Tenaga (ESPA).

Advertisement

“Program SPPA dan ESPA membantu pemilik bangunan menjana tenaga bersih mereka sendiri, mengurangkan pelepasan karbon dan menjimatkan kos elektrik dengan perbelanjaan modal sifar dan risiko kewangan sifar. Peratusan penjimatan daripada bil elektrik yang dikurangkan akan diambil sebagai pembayaran perkhidmatan sepanjang tempoh bagi kedua-dua program tersebut.

“Kerjasama ini akan memberi penyelesaian secara menyeluruh kepada bangunan terpilih yang dimiliki atau diuruskan oleh DASB. Selepas pemasangan itu, kami menjangkakan bil elektrik di bangunan ini akan dikurangkan antara 10 hingga 20 peratus bergantung kepada jenis dan tahap kerja-kerja pemasangan itu,” katanya pada majlis menandatangani MoU tersebut, di sini semalam.

Pada majlis itu, DASB diwakili oleh Hazman manakala Cenergi diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Hairol Azizi Tajudin.

Advertisement

Sementara itu, Hairol berkata kerjasama tersebut adalah simbol kepercayaan DASB terhadap kemampuan Cenergi untuk melaksanakan projek dan penjimatan tenaganya, serta sasaran penghasilan tenaga.

“Saya ingin berkongsi bahawa setakat ini kumpulan Cenergi telah menjimatkan lebih daripada satu juta tan pelepasan karbon melalui semua aset dan pelaburan operasinya, ia setara dengan pelepasan oleh kira-kira 209,000 kenderaan penumpang di jalan raya selama satu tahun atau lebih daripada 111,000 penggunaan tenaga di rumah selama satu tahun,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top