BM | EN | 中文

Dalam kemelut politik negara, jangan lupa Covid-19

koronavirus-logo.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 FEB: Dalam kesibukan mengenai keadaan politik negara, Jabatan Penerangan Negeri Johor mengingatkan orang ramai agar tidak lupa mengenai virus Covid-19.

Dalam akaun twitternya, orang ramai terutama golongan yang berisiko tinggi dinasihatkan untuk menghadkan lawatan ke hospital terutama bagi urusan tidak penting.

“Langkah ini bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 di hospital.

Advertisement

“Golongan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung, pesakit dengan daya tahan yang rendah dan pesakit penyakit kronik,”katanya dalam tweet berkenaan.

Kepada orang ramai pula, dinasihatkan tidak melawat pesakit ke hospital jika anda demam atau batuk.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top