BM | EN | 中文

“Dalam keadaan ekonomi rakyat tertekan akibat Covid-19, apa peranan JASA?

JASA.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 10 NOV: Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lalu terus menjadi pertikaian orang ramai apabila sebanyak RM 85.5 juta diperuntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Justeru itu, kerajaan perlu menerangkan kepada orang ramai berkenaan peranan JASA kepada rakyat.

Abdul Hamid Jamah

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Abdul Hamid Jamah berkata, dalam keadaan ekonomi yang kian mendesak, peruntukan sebanyak itu bukanlah sesuatu yang rasional untuk diterima.

Advertisement

“Apa prioriti JASA dalam membantu memulihkan ekonomi rakyat di negara ini. Sebelum ini ia hanya propaganda kerajaan untuk mencengkam kakitangan awam serta menjadi ejen penyebar luas suara mereka yang berat sebelah.

“Tidak ada pentingnya apa JASA menerima peruntukan sebanyak itu dan perkara inilah yang kita lihat sebagai pincang dalam belanjawan yang dibentangkan.

“Jangan terus membuat apa yang kita suka, ejen propaganda seperti JASA ini tidak layak langsung dihidupkan semula apatah lagi di zaman rakyat sedang berperang dalam keadaan ekonomi kehidupan mereka,” tegasnya dalam kenyataan tersebut.

Advertisement

Beliau menegaskan sebelum ini peranan JASA terhad, hanya untuk memberikan kebajikan kepada rakyat di negara ini.

Tambahnya, tindakan kerajaan ini jelas membelakangkan rakyat yang mengharapkan usaha pembangunan dan ekonomi.

“Tindakan kerajaan ini jelas membelakangkan rakyat kerana rakyat hari ini rata-rata mengharapkan proses pembangunan ekonomi mereka dan kerajaan dilihat seperti membazir dengan peruntukan RM 85.5 juta tersebut.

Advertisement

“Kerajaan seperti mengutamakan kedudukan mereka sahaja terutamanya Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin yang sibuk mencatur agar beliau kekal berkuasa.

“Apa yang perlu diutamakan adalah ekonomi rakyat. Kerajaan seperti tidak telus dalam belanjawan kali ini yang memberikan peruntukan kepada jabatan atau badan yang hanya menjaga kepentingan mereka,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top