BM | EN | 中文

“Dalam Bersatu Johor mungkin tak sampai lima peratus sokong Tun M”

mazlan-bujang.jpg

Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang (Ganbar Ehsan The Star)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 OGOS: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang berkata keadaan parti itu di negeri ini terkawal dan akan terus menyokong kepimpinan presiden dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya terdapat pemberontakan dalam kalangan ahlinya di Johor yang mahu menyertai parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sudah tentu Tun ada sokongan…kita tidak dapat elakkan.

Advertisement

“Tapi dalam Bersatu Johor mungkin tidak sampai lima peratus menyokong Tun,” katanya, seperti dilaporkan Bernama.

Mazlan berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan satu laporan berita oleh sebuah portal semalam bahawa ahlinya memberontak mahu menyertai parti Dr Mahathir.

Tambah beliau, kesemua 26 ketua bahagian termasuk ahli-ahlinya tetap kekal bersama presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini.

Advertisement

Malah, menurutnya, Bersatu Johor tidak mempunyai sebarang masalah dalaman.

Beliau juga mengatakan bahawa Muhyiddin mempunyai pengaruh yang kuat selain menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Johor sangat terkawal dan kita tidak ada masalah…malah kita akan terus menyokong kepimpinan presiden dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Mazlan berkata, Bersatu Johor berpendirian Dr Mahathir mempunyai hak untuk menubuhkan partinya sendiri demi demokrasi selain tiada undang-undang yang menghalang seseorang individu berbuat demikian.

Katanya, Dr Mahathir juga diyakini mempunyai pengikutnya sendiri memandangkan beliau merupakan seorang negarawan yang menerajui pentadbiran negara selama 22 tahun sebagai perdana menteri.

Jumaat lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top