BM | EN | 中文

Dakwaan wujud kartel polis: Kerajaan perlu segera tubuh RCI – Guan Eng

Lim-Guan-Eng-LGE.jpg

Lim Guan Eng (Gambar Ehsa The Star)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 MAC: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Dirajaya (RCI) untuk menyiasat pendedahan mengejutkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kewujudan ‘kartel’ polis.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, hanya RCI yang dapat membersihkan pasukan polis dari unsur-unsur korup dan menyelamatkan reputasi majoriti pegawai dan anggota polis yang tidak terlibat dalam kegiatan jahat tersebut.

Jika tidak kata Guan Eng, jelas bahawa kerajaan tidak serius dalam memerangi korupsi dan jenayah, seperti pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.

Advertisement

“Rakyat Malaysia mahukan siasatan awam terbuka, bukan siasatan dalaman di mana kerisauan orang ramai tidak dapat diredakan.

“Sebarang kegagalan menubuhkan RCI untuk mengatasi masalah serius yang menimpa pasukan polis ini, hanya menimbulkan ketidakpercayaan masyarakat dan hilangnya keyakinan terhadap profesionalisme, integriti, kebebasan dan kemampuan pasukan polis untuk memerangi jenayah.

“Ini akan menjadi ujian terbesar bagi komitmen kerajaan PN untuk memerangi rasuah dan jenayah,” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Hamid Bador menerusi program ‘Sinar Live bersama IGP’ baru-baru ini dilaporkan mendakwa wujud gerakan dalam kalangan pegawai muda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bercita-cita untuk menjatuhkannya.

Abdul Hamid mendakwa gerakan itu juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM dengan hasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.

Terdahulu Guan Eng dilaporkan Roketkini berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sekali lagi menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan gagal melakukan tugasnya apabila menolak permintaan agar RCI diadakan untuk menyiasat pendedahan berkenaan.

Advertisement

Hamid Bador sebelum ini mendedahkan terdapat kartel dalam pasukan polis, yang dikatakan turut melibatkan seorang mantan KPN yang menerima wang suapan daripada sindiket jenayah.

“Bagaimana skandal ini dapat ditangani secara dalaman oleh Suruhanjaya Pasukan Polis, ketika ia dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri dan anggota ketika tindakan jenayah tersebut didakwa berlaku,” katanya.

Guan Eng berkata, ini bukan lagi masalah dalaman apabila ada mantan KPN turut terpalit sehingga menerima wang suapan daripada sindiket jenayah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top