BM | EN | 中文

DAKWAAN SUNGAI TERCEMAR TAK DAPAT DISAHKAN – JAS JOHOR

Mohd-Famey-Yusoff-3.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 26 SEPT: Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Johor tidak dapat memastikan kesahihan data analisis pencemaran jajaran Sungai Kim Kim seperti yang didakwa Biro Aduan Awam Putra, pada Jumaat lepas.

Pengarahnya, Mohd Famey Yusoff berkata, ini kerana, proses pengumpulan sampel air untuk dianalisis perlu dijalankan mengikut piawaian yang telah ditetapkan bagi menentukan kepekatan bahan tercemar dan juga memastikan keaslian data.

“Apabila pihak individu yang buat, sebenarnya ada cara dan teknik yang sepatutnya perlu dipatuhi ketika mengambil sesuatu sampel.

Advertisement

“Oleh itu, JAS tidak dapat memberi kepastian sama ada teknik yang dilakukan pihak individu itu (Biro Aduan Awam Putra) benar atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan  Program Sekolah Angkat Industri Daerah Pasir Gudang (PROSPAG) 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, di sini, hari ini.

Biro Aduan Awam Putra itu sebelum ini mendedahkan keputusan ujian makmal sampel air 10 lokasi di jajaran Sungai Kim Kim yang menunjukkan tahap pencemaran berganda daripada kategori sungai mati.

Advertisement

Mohd Famey berkata, data kandungan air yang mengalir akan berbeza setiap waktu.

“Kalau puan (wartawan) ambil (sampel air) sekarang dengan esok, (kandungannya) lain.

“Sampel jam sekarang dengan jam berikutnya pun dah lain sebab air itu mengalir.

Advertisement

“Jadi, ini semua memainkan peranan dalam menentukan kepekatan bahan tercemar dalam air,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya tidak dapat mendedahkan hasil analisis semua sungai di Pasir Gudang kerana ianya masih lagi dalam peringkat siasatan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top