BM | EN | 中文

Dakwaan sogok lompat parti: MP Sekijang dan tiga saksi dipanggil SPRM

ahli-parlimen-sekijang-johor-natrah-ismail.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor mengesahkan telah memanggil empat saksi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tawaran wang sebanyak RM10 juta kepada Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

Datuk Azmi Alias berkata, kesemua saksi terbabit termasuk Natrah yang merupakan ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dipanggil untuk dirakam keterangan.

“Siasatan sudah selesai dari segi fasa pertama dan (kertas siasatan) sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Advertisement

“SPRM masih menunggu keputusan daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran CPP (Cakera Padat Pencegahan) oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM Johor di Tampoi di sini semalam.

Pada 7 Mac lalu, Natrah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan cubaan mendapatkan sokongan beliau terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan janji manfaat yang bakal diperoleh.

Advertisement

Dua hari kemudian, SPRM Johor membuka satu kertas siasatan bagi mengesahkan aduan berhubung tawaran rasuah tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook Ops Johor.

Dalam pada itu, Azmi berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sehingga siasatan SPRM selesai dijalankan.

“Sekiranya mana-mana pihak ada bukti yang boleh bantu siasatan, mereka boleh hubungi SPRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top