BM | EN | 中文

Dakwaan Rasuah: Mahkamah Johor Bahru benarkan pesara kerajaan, pengurus syarikat direman

mahkamah-johor-bahru.jpg

Gambar Ehsan Karangkraf

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JAN: Seorang pesara sebuah syarikat milik kerajaan dan seorang pengurus syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah melibatkan nilai kira-kira RM500,000.

Perintah tahanan reman terhadap suspek bermula Khamis sehingga 10 Januari ini dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi’uddin selepas menerima permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, SH Online melaporkan kedua-dua suspek lelaki masing-masing berusia 61 tahun itu ditahan pejabat SPRM Johor Bahru selepas hadir memberikan keterangan mulai jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada Rabu.

Advertisement

Difahamkan pada tahun 2019 hingga 2020, suspek pesara yang sebelum ini bertugas sebagai pengurus syarikat milik kerajaan di Segamat telah menerima rasuah daripada pengurus syarikat terbabit sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja kontrak perladangan di daerah tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top